BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, February 20, 2011

Ya Rasulullah s.a.w., kelahiranmu membawa rahmat.

Isnin, 21 hb Mac 2011...
Sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah, SK Sijangkang Jaya.
semua student smart melawa pakai baju raya.
cikgu macam biasa la, dah tiap2 hari pakai baju kurung so semuanya kelihatan mcm hari2 biasa...emmm, tapi baju yg paling cantik arr sebab nak celebrate event katakan...

danish bangun kul 6 am, terus mandi dan pakai baju melayu dan songkok.
"mama, samping danish ada?"
alamak...samping danish dah tak ketat, sbb raya aidilfitri dah 6 bulan berlalu.
"mama tak sempat nak beli yang baru, yg lama dah buruk, x cantik"
"cikgu salina marah tak?"
"hmmm...nanti kita sampai sekolah mama tolong tanyakan kat cikgu ye"
"ok"
tapi jawapannya dah tau, mesti cikgu kata "tak pe.."

sampai kat sekolah, x sempat pun nak tanya kat cikgu, danish dah kata:
"eh, ayfan pun x pakai samping la mama. tu lagi...ada la kawan2 danish yg x pakai"
danish dah senyum dan x risau lagi.




dAnIsH dAN kAWan-kAWAn



 aNtArA sepANdUK yG cANtiK




PeRaRAkan MauliDUr RasUL...JLn 1 km tu...





SEBaHaGiAN darIPaDa AnaK-AnaK CikGu

Friday, February 18, 2011

Aireen dah cukur rambut

Last Sunday my family and i go to Nilai.
(hahaa...macam karangan budak UPSR).
saje je jalan2, kak wa kata aireen dah botak.
botak2 pun comel tau.
danish ngan danial pun hepi dpt jumpa pia, ilman ngan aireen.
pastu papa pia bukak citer ngangkung.
ok arr citernya tapi x leh lawan citer merlin...hee....
mintak2 pas ni papa pia dpt download citer khurafat lak.
mesti best...




Saturday, February 12, 2011

hepi2 kat playground...

playground kat rumah kita cantik, elok dan selamat digunakan.
playground kat rumah nenek wpun still available tapi persekitarannya penuh ngan sampah bungkusan jajan. rumputnya pun dah boleh wat lagu bangau oh bangau...
tapi org kata x baik kalau asyik nak komplen aje.
kita mesti bersyukur dgn apa yg ada.
tetiba teringat kat pepatah omputih, bunyinya lebih kurang mcm ni...
"if you're sad because you don't have any shoes to wear, remember
that somebody out there is sad more than you because she don't have any leg to stand on"
hahaa...betul tak grammernya.
apa2 pun danish dan danial ttp happy.
kalau they ol hepi, mama pun hepi too.
hmm...apa la yg daddy tgh wat skrg ni agaknya...




CuTe n LoVeLy StOrYtElliNG...




HaHaHaHa...!!!

lucu la mamat nie...
business minded.


Friday, February 11, 2011

souvenir from MAEL...


yey..! dapat souvenir dari mael...
cuti raya cina hari tu mael holiday kat singapore.
thanks mael...ingat gak kat kita.

p/s: bukan semua dpt souvenir nie..
kawan baik je dpt tau....
ekekeke...kita baik, kita x jahat.

Pick n mix

saturday...shopping day!

setiap sorang boleh demand 3 items.
danish nak anggur, pick n mix dan canned lychees.
danial nak tembikai, ice cream dan sayur sawi!
hahaha...sawi?
x lupa langsung kat sayur favourite dia...

 mengelat...kat pick n mix area danish packing nuget, potatoes ngan chicken ball.
ow...3 in 1 rupa2nya. kekeke...

danial tetap nak posing jugak..sampai sanggup panjat besi.

Wednesday, February 9, 2011

HAMPIR KE SITU @-->--


sambal goreng....


bahan-bahan A
20 tangkai cili kering (rebus & blend)
1 labu bawang besar (blend)

bahan-bahan B
150 gm ikan bilis
4 biji kentang
1 paket tempe

cara-cara

1. tumis bahan2 A sehingga keluar minyak.

2. masukkan 1 sudu gula, sikit air asam, garam dan ajinomoto.

3. masukkan semua bahan B yang sudah siap digoreng terlebih dahulu.

4. tunggu sehingga semuanya sebati dan kering.

p/s: patutnya ada kacang tanah ni...tapi masa tgh goreng tu sambil berangan kan..last2 terhangit sikit. pahit la pulak...x jadi la masukkan. kalau ada kacang tanah lagi best...

separuh kuku danish tercabut

maghrib semalam danish tergelincir kat dapur. terduduk mcm yg kita slalu tergelincir tu...
tapi ntah mcm mana landingnya (maybe danish tahan pakai jari kot...) menyebabkan kuku danish terpatah dua.
dan bahagian hujung kuku danish dah terpisah dari kulit.
uiii...berdarah juga.
danish nangis kuat.

nasib baik mama dia ahli BSM (dulu dipanggil PBSM).
Bulan Sabit Merah tau...bukan Berehat Sepanjang Masa.
lalukan air, letak yellow lotion, tutup ngan kapas, lilit ngan kasa, matikan ngan plaster.

hari ni danish  balik kelas senyum je.
mana taknya....dapat excuse dari menulis.
sempat posing lagi!


A.P.P.L.E. P.I.E. kak siti mazlina

pagi tadi masa tgh nangis dlm bilik guru, tetiba kak maz dtg...
"sabar ye ira..ni ada pai epal. makan ye...maniskan mulut..."

hmm...sedapnya!
ini lah apple pie yg paling sedap sekali dlm dunia.
diberi oleh someone yg bukannya close
tapi disaat2 sedih, dia dtg menenangkan hati

thanks kak siti mazlina!



Hadiah yg Cute!

1. beli kotak hadiah di grand union (dlmnya ada 1 kad kecik)
2. beli reben 1.5 m di kedai pengantin.
3. beli coklat cadbury, coklat cloud9, coklat daim, coklat forrero roche dan lolipop chup chup.
4. masukkan semua coklat dlm kotak.
5. gunting sikit kat tengah2 kad kecil utk selitkan batang lolipop. hias lolipop ngan mata dan bibir yang menggoda. hik hik hik... tulis something kat sayap rama2 tu as a note. pastu masukkan rama2 lolipop tu sekali dlm kotak.
6. ikat kemas2. tadaa....dah siap. bagi la kat someone tersayang..








Tuesday, February 8, 2011

gotong royong perdana SKSJ

sayang sekolah tak?
arr...kena la jaga kebersihan dan keceriaannya bersama-sama.
tak ambil masa yg lama pun...start kul 0800, settle kul 1000
tapi cikgu2 lelaki ngan daddy2 kena la sambung balik wat kerja lepas rest...sbb perjuangan mengecat masih belum selesai...tgh hari baru leh balik tau.

 cabut rumput liar, kutip sampah then sapu....



aktiviti mengecat pagar sekolah

Monday, February 7, 2011

Kisah Sebatang Pokok Epal

apple tree

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu. "Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih. Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan." Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

Masa berlalu... Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu. "Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan. Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu. "Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu. "Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati... " kata pokok epal itu dengan nada pilu. "Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku tak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu. "Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

CERITA INI DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK PARA REMAJA BERFIKIR TENTANG PENGAJARAN YANG DAPAT DIAMBIL DI SEBALIK CERITA TERSEBUT. SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG DIGAMBARKAN DI DALAM CERITA ITU DIANALOGIKAN SEBAGAI KEDUA-DUA IBU BAPA KITA. BILA KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA. KETIKA KITA MENINGKAT REMAJA, KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP. KITA TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI MEMINTA PERTOLONGAN APABILA KITA DI DALAM KESUSAHAN. NAMUN BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP.

Doa ini untuk parent kita yang masih hidup:
'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkanlah usia mereka, jauhilah mereka dari sebarang bahaya, dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin. ..."
Doa utk parent kita yang sudah meninggal dunia:
"YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 org tuaku, tempatkanlah
mereka ditempat orang2 yang beriman. Aminn yarabillialamin. ..."




Sunday, February 6, 2011

assignment kraf tradisional...WAU

yezza...semester ni utk subjek kraf tradisional, kita dpt class en. KRU lagi -tutor paling cute dan paling sporting kat IP teknik.
biasanya, siapa dpt ngan en. KRU mesti dapat A.
utk assignment semester ni, we ol kena wat 5 lakaran wau and 1 wau mini yg original.
kita dah siap 5 lakaran wau....
tadaa....ni la hasilnya!


motif helang


motif batik


 (ni tak tau mofif apa...sbb just tiru image wau dari google)


motif pekalongan


motif jepara

yOuR fRIEnDsHiP mEaNs A lOt...




thanks dear...
for giving strength the way you do
for lifting me up when i'm feeling down
for being there and helping me grow
and putting a smile on my face!