BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, March 16, 2011

info sihat 2: KANDUNGAN DAN KESAN ASAP ROKOK

KANDUNGAN ASAP ROKOK

a)  3 kali lebih banyak tar. Tar ialah sejenis bahan kimia yang mengganggu paru-paru dan boleh menyebabkan barah.

tar...yg gelembung tu buih dia.

b)  2 kali lebih banyak nikotin. Nikotin ialah sejenis dadah yang berbahaya kepada jantung dan sistem saraf.
  
c)  5 kali lebih banyak karbon monoksida. Karbon monoksida ialah sejenis gas beracun yang mengurangkan bekalan oksigen kepada badan.

ni la karbon monoksida..encik JPJ tolong saman bas ni ye. nakal betul. 

d)  50 kali lebih banyak bahan kimia yang menyebabkan barah.



KESAN ASAP ROKOK

a)  Isteri perokok : Isteri-isteri perokok mempunyai risiko menghidap barah paru-paru yang lebih tinggi berbanding dengan isteri orang yang bukan perokok.

b) Rakan-rakan sekerja : Mereka yang bekerja dengan perokok untuk jangka masa yang lama boleh mengalami kerosakan paru-paru.


c)  Bayi dan kanak-kanak : Asap rokok boleh merencat pertumbuhan bayi di dalam rahim ibu. Anak-anak perokok lebih kerap di serang oleh jangkitan paru-paru, batuk-batuk, selsema dan sakit kerongkong. Mereka juga lebih kerap jatuh sakit.

ish...brutalnya. ni mesti belon je dlm baju tu. kekeke...


d)  Pesakit-pesakit : Pesakit jantung lebih mudah mendapat serangan jantung di tempat-tempat yang penuh dengan asap rokok. Pesakit-pesakit asma turut juga menghadapi kesulitan untuk bernafas apabila terdedah kepada asap rokok.

 ala ciannya...kecik2 dah kena sedut gas




0 comments: