Wednesday, December 28, 2011
Bulan Sabit Merahku sayang!!!!
Yey...!!!
Akhirnya. Setelah 4 tahun kita tak terlibat ngan Unit Beruniform di sekolah, tahun 2012 kita diserap masuk semula ke dalam Bulan Sabit Merah. Syoknyer....
Alkisah...4 tahun yg lalu, masa Kementerian Kesihatan pilih sekolah kita untuk ditubuhkan Kelab Doktor Muda, semua cikgu tak nak jadi guru penasihatnya. Sebab program ni banyak dokumentasi. Setiap aktiviti kena jalan ikut jadual yang disediakan dan mengikut modul yang dibekalkan oleh Kementerian Kesihatan.
Tapi disebabkan kita ni 'saya yang menurut perintah', jadi kita la yg dilantik oleh penolong kanan untuk handle kelab doktor muda. Dan secara automatiknya nama kita digugurkan dari BSM. Huhuhu...sedih gak sebab masa tu kita dah ada sijil pertolongan cemas, sijil palang merah dan ofcoz kad keahlian bulan sabit merah malaysia.
Aha...disebabkan terlalu excited maka kita pun mula la jengok2 bulan sabit merah punya facebook. Tapi frust sangat sebab BSM cabang kuala langat selangor macam tak aktif je. Aktiviti pun macam takde. Ingat lagi, tahun 2005 dulu kita bawa budak2 sekolah kita mendaki bukit jugra sampai penuh satu bas sekolah. Masa tu ahli2 Unit Beruniform lain nak join pun kita takde hal, janji isi surat kebenaran ibu bapa dan bayar RM10 buat bayaran sewa bas dan makan.
Oh ye. Sambil2 surf pasal BSM tadi tetiba terjumpa one of BSM's member kat fb...Chai Sim Por nama dia. Tak kisah la dia tu siapa, cuma nak share yg dia ada beberapa wall photos yg menarik untuk dilihat, especially untuk 'pemilik taman dalam hati' macam kita. Ini la photosnya. Sweet kan?
Posted by cikgu shahira at 5:58 AM 0 comments
Monday, December 26, 2011
FRIEND is someone you can think of, and suddenly smile...
Malam ni tetiba kita rasa rindu sangat kat semua BFF kita.
Posted by cikgu shahira at 9:01 AM 0 comments
Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2012
Kurang seminggu lagi kita dah nak melangkah ke tahun baru..2012.
yg bestnya kereta ni dah abis bayar :)
Posted by cikgu shahira at 12:14 AM 0 comments
Tuesday, December 6, 2011
terjun lagi :-)
Posted by cikgu shahira at 11:52 PM 0 comments
Tuesday, August 16, 2011
sifir dua-digit
cewah...macam dah bagus je nak mengajar orang kan. kekeke...saje je nak berkongsi ilmu.
just name any two-digit number. eg: 74
mula2, list kan sifir 7.
7
14
21
28
35
42
49
56
63
pastu, listkan pulak sifir 4 di sebelah sifir 7.
7 4
14 8
21 12
28 16
35 20
42 24
49 28
56 32
63 36
jawapannya should be 2 or 3-digit aje. so,
74..ok
148...ok
tapi untuk
21 12
28 16
kita tambahkan digit yang di tengah2. contohnya,
2 1 1 2 = 222
2 8 1 6 = 296
kalau 4 9 2 8 pulak, buat pengumpulan semula macam bentuk lazim.
the answer is 518.
jadi, jadual sifir 7 adalah seperti di bawah:
7 4 = 74
1 4 8 = 148
2 1 1 2 = 222
2 8 1 6 = 296
3 5 2 0 = 370
4 2 2 4 = 444
4 9 2 8 = 518
5 6 3 2 = 592
6 3 3 6 = 666
nak buat sifir 3-digit pun guna method yg sama.
contohnya sifir 742.
7 4 2 = 742
1 4 8 4 = 1484
2 1 1 2 6 = 2226
2 8 1 6 8 = 2868
3 5 2 0 1 0 = 3710
4 2 2 4 1 2 = 4452
4 9 2 8 1 4 = 5194
5 6 3 2 1 6 = 5936
6 3 3 6 1 8 = 6678
sifir 2-digit dan 3-digit ni berguna untuk selesaikan soalan bahagi.
contohnya,
57443782 divide by 37.
Posted by cikgu shahira at 4:55 PM 0 comments
sifir 6 yang mudah
hafal sifir 5?
hafal sifir 1?
kacang goreng je kan...
untuk sifir 6, list sifir 5 dulu.
5
10
15
20
25
30
35
40
45
kat sebelah sifir 5, buat sifir 1 pulak.
5 1
10 2
15 3
20 4
25 5
30 6
35 7
40 8
45 9
pastu, tambahkan nombor bersebelahan...
5 + 1 = 6
10 + 2 = 12
15 + 3 = 18
20 + 4 = 24
25 + 5 = 30
30 + 6 = 36
35 + 7 = 42
40 + 8 = 48
45 + 9 = 54
Posted by cikgu shahira at 3:58 PM 0 comments
Saturday, August 13, 2011
sifir 7 dan 8 yang mudah
untuk sifir tujuh, tulis 012, 234, 4567 dalam 3 barisan
0 1 2
2 3 4
4 5 6 7
lepas tu, dari belakang, atas ke bawah, tulis 0 sampai 9
07 14 21
28 35 42
49 56 63 70
untuk sifir 8 pulak, tulis 01234 cermin 45678.
cermin tu adalah garisan. fungsinya untuk mengingatkan bahawa nombor 4 kena tulis dua kali.
0
1
2
3
4
4
5
6
7
8
lepas tu, dari bawah ke atas tulis sifir 2 (dari 0 - 8).
bila sampai kat cermin, ulang lagi sifir 2
0 8
1 6
2 4
3 2
4 0
4 8
5 6
6 4
7 2
8 0
Posted by cikgu shahira at 1:48 AM 0 comments