Wednesday, December 28, 2011
Bulan Sabit Merahku sayang!!!!
Yey...!!!
Akhirnya. Setelah 4 tahun kita tak terlibat ngan Unit Beruniform di sekolah, tahun 2012 kita diserap masuk semula ke dalam Bulan Sabit Merah. Syoknyer....
Alkisah...4 tahun yg lalu, masa Kementerian Kesihatan pilih sekolah kita untuk ditubuhkan Kelab Doktor Muda, semua cikgu tak nak jadi guru penasihatnya. Sebab program ni banyak dokumentasi. Setiap aktiviti kena jalan ikut jadual yang disediakan dan mengikut modul yang dibekalkan oleh Kementerian Kesihatan.
Tapi disebabkan kita ni 'saya yang menurut perintah', jadi kita la yg dilantik oleh penolong kanan untuk handle kelab doktor muda. Dan secara automatiknya nama kita digugurkan dari BSM. Huhuhu...sedih gak sebab masa tu kita dah ada sijil pertolongan cemas, sijil palang merah dan ofcoz kad keahlian bulan sabit merah malaysia.
Aha...disebabkan terlalu excited maka kita pun mula la jengok2 bulan sabit merah punya facebook. Tapi frust sangat sebab BSM cabang kuala langat selangor macam tak aktif je. Aktiviti pun macam takde. Ingat lagi, tahun 2005 dulu kita bawa budak2 sekolah kita mendaki bukit jugra sampai penuh satu bas sekolah. Masa tu ahli2 Unit Beruniform lain nak join pun kita takde hal, janji isi surat kebenaran ibu bapa dan bayar RM10 buat bayaran sewa bas dan makan.
Oh ye. Sambil2 surf pasal BSM tadi tetiba terjumpa one of BSM's member kat fb...Chai Sim Por nama dia. Tak kisah la dia tu siapa, cuma nak share yg dia ada beberapa wall photos yg menarik untuk dilihat, especially untuk 'pemilik taman dalam hati' macam kita. Ini la photosnya. Sweet kan?
Posted by cikgu shahira at 5:58 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment