BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, December 6, 2011

terjun lagi :-)


KELANTAN, 13 SEPTEMBER 2011 -  

Batalion Kesembilan RAMD Para telah melaksanakan Eksesais GEMPUR IX Siri 18/2011 mulai 21 hingga 30  Jun 2011 di Pasir Puteh, Kelantan. Latihan yang berbentuk Operasi Paracut dan Peperangan Konvensional ini turut melibatkan unit-unit afilasi iaitu 1 RAD Para, Kompeni Bantuan Para, 361 RAD Para dan  10 SSD Para. 

Objektif utama latihan ini dilaksanakan adalah untuk menguji keupayaan semua kompeni tempur dan platun pakar serta unit afiliasi dalam melaksanakan Operasi Paracut sebagai satu ketumbukan Leading Parachute Batalion Group (LPBG). Di samping itu, latihan ini turut menguji ketahanan mental, fizikal dan kerjasama serta memperkemaskanKnowledgeSkill dan Attitude (KSA) yang sering ditekankan pada sebilang masa oleh Pegawai Memerintah. 

Pada 25 Jun 2011 jam lebih kurang jam 0700, seramai 15 Pegawai dan 327  anggota Batalion Kesembilan RAMD Para telah diterjunkan secara mass drop dari 2 buah pesawat C 130H di Zon Guguran NANGKA, Pasir Puteh, Kelantan. Setelah itu kesemua Kompeni telah melaksanakan Tactical Advance to Battle (TAB) sejauh 20 kilometer menuju ke objektif yang terletak di sekitar Pangkalan Udara TUDM Gong Kedak dan seterusnya menyelamatkan objektif berkenaan daripada ditawan musuh, 

Pada 29 Jun 2011 Kompeni C yang telah diketuai Mej Shahrizal bin Chan Shah telah melaksanakan Operasi Relief In Place bersama dengan 1 Kompeni infantri dari 8 Briged Infantri di Jambatan Tok Bali. Pelaksanaan operasi tersebut merupakan yang pertama kali dilaksanakan antara 10 Briged Para dengan 8 Briged Infantri. 

Seterusnya Batalion Kesembilan RAMD Para melaksanakan penarikan keluar secara taktikal menggunakan pesawat dari Forward Operation Base (FOB) Pangkalan Udara TUDM Gong Kedak ke Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka pada 30 Jun 2011.









0 comments: