BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, December 28, 2011

Bulan Sabit Merahku sayang!!!!



Yey...!!!


Akhirnya. Setelah 4 tahun kita tak terlibat ngan Unit Beruniform di sekolah, tahun 2012 kita diserap masuk semula ke dalam Bulan Sabit Merah. Syoknyer....


Alkisah...4 tahun yg lalu, masa Kementerian Kesihatan pilih sekolah kita untuk ditubuhkan Kelab Doktor Muda, semua cikgu tak nak jadi guru penasihatnya. Sebab program ni banyak dokumentasi. Setiap aktiviti kena jalan ikut jadual yang disediakan dan mengikut modul yang dibekalkan oleh Kementerian Kesihatan.


Tapi disebabkan kita ni 'saya yang menurut perintah', jadi kita la yg dilantik oleh penolong kanan untuk handle kelab doktor muda. Dan secara automatiknya nama kita digugurkan dari BSM. Huhuhu...sedih gak sebab masa tu kita dah ada sijil pertolongan cemas, sijil palang merah dan ofcoz kad keahlian bulan sabit merah malaysia.


Aha...disebabkan terlalu excited maka kita pun mula la jengok2 bulan sabit merah punya facebook. Tapi frust sangat sebab BSM cabang kuala langat selangor macam tak aktif je. Aktiviti pun macam takde. Ingat lagi, tahun 2005 dulu kita bawa budak2 sekolah kita mendaki bukit jugra sampai penuh satu bas sekolah. Masa tu ahli2 Unit Beruniform lain nak join pun kita takde hal, janji isi surat kebenaran ibu bapa dan bayar RM10 buat  bayaran sewa bas dan makan. 


Oh ye. Sambil2 surf pasal BSM tadi tetiba terjumpa one of BSM's member kat fb...Chai Sim Por nama dia. Tak kisah la dia tu siapa, cuma nak share yg dia ada beberapa wall photos yg menarik untuk dilihat, especially untuk 'pemilik taman dalam hati' macam kita. Ini la photosnya. Sweet kan?













Monday, December 26, 2011

FRIEND is someone you can think of, and suddenly smile...



Malam ni tetiba kita rasa rindu sangat kat semua BFF kita.

masa kat Sekolah Kebangsaan Setia Jaya, Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor...
Best Friend Forever kita ROSLIZA dan SAIFUL.
Rosliza baik dan pandai. Rumah dia kat tepi pantai.
Saiful pulak comel...muka sweet macam perempuan.
kitorang bertiga sekelas.
kitorang pernah masuk pertandingan nyanyian, lagu ruhil bertajuk Kawan.
tapi tak menang pasal kitorang menari macam kayu. hehee..
Sekarang ni taktau diaorang apa cerita :(

Masa kat Sekolah Menengah kebangsaan Telok Panglima Garang, Selangor...
BFF kita HAWA dan TAN CHOON HOE
dari form 1 sampai form 3 kitorang sekelas.
time exam kitorang top 5.
masa buat kerja kursus subjek sejarah kitorang sama2 jalan kaki dari bus stand banting ke rumah Dato' Haji Sidek.
Masa buat kerja kursus geografi pula kitorang sama2 kayuh basikal dan turun paya bakau untuk ambil sampel tumbuh-tumbuhan.
Tan choon hoe pernah nak kapel ngan kita.
tapi kita taknak sebab kita cakap dia tak sunat. kih kih kih...

Masa kat Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu, Melaka...
BFF kita WAN HAFIZAH MERICAN dan KAK SUZILA.
Dua tahun tidur sebilik, study semeja...close sangat ngan diaorang.
Kak Suzila alim, rajin mengaji, tudung labuh sampai punggung.
Wan Hafizah pula gila2...happening sangat kawan ngan dia.
Time cuti asrama kitorang selalu jalan2.
pegi air terjun sagil kat tangkak...
balik rumah nenek wan makan durian satu bakul...
balik rumah wan kat JB, jalan2 sampai pagi...
yang penting, kitorang pandai jaga diri dan jaga dara. Hua hua hua...

Masa kita kerja kat Jaya Jusco Bukit Raja, Selangor...
BFF kita SHAH.
kita ngan dia jaga Baby Department.
dia tu dah la alim, rajin, handsome, kelakar pulak.
tapi dia dah ada girlfriend...so tak boleh nak usha. huhuhu..
masa mula2 kerja, belum dapat gaji, kita ngan dia makan roti seringgit dua posen je masa rehat.
tapi sekarang ni dia dah jadi pegawai kanan kerajaan.

Masa kat ITM shah alam, selangor...
BFF kita IWIN, TINI, IJA dan NURUL.
Semua lain2 course.
kita quantity survey,
iwin building survey,
tini IT,
Ija building & planing,
nurul architecture.
almost of every night kitorang akan makan malam kat seksyen 2.
dan geng partner kitorang ialah abg shah, hicc, ganu, abg fifi dan abg hardly.
Diaorang senior 4 semester atas kitorang, course civil engineering.

Masa kat Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka...
BFF kita LIZA dan WANA.
Liza jadi pengapit kita masa kita jadi pengantin dulu..
dan wana sangat manis sebab lesung pipit dia sangat dalam macam pretty zinta.
Kitorang bertiga pasukan koir maktab dan pernah mewakili maktab dalam pertandingan hoki vs maktab perguruan ipoh. MPPM menang 5-0.
salah satu benda ting-tong yang kitorang pernah buat ialah hantar gambar kat ruangan berkenalan kat majalah Remaja.
Banyak gak dapat surat. cewah... especially dari budak2 PULAPOL.

Sekarang ni kat Sekolah Kebangsaan Sijangkang Jaya, Selangor.
BFF kita Kak Zairah dan Kak Maziah.
diorang berdua sangat cool.
sangat mengambil berat,
selalu memberikan nasihat yang berguna,
tak outspoken dan semestinya tak menyakitkan hati.

Untuk semua My Best Friend Forever,
terima kasih sebab jadi jadi BFF kita.
Dulu kita sama2 mengutip pengalaman hidup.
Sekarang, semua tu menjadi kenangan dan guru dalam menempuh hari2 yang kita dilalui sekarang.

MISS YOU ALL sayang!!! muahh...

Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2012



Kurang seminggu lagi kita dah nak melangkah ke tahun baru..2012.
Alhamdulillah, azam tahun lepas dah tercapai.
Untuk tahun ni, salah satu azam kita nak kumpul duit banyak2.
sebab tahun ni kita naik DG...ho-yeah...
dan gaji kita dah tukar ke SBPA pulak tu. 
hehehe...syok giler.
yg penting JANGAN BELI KERETA baru.
sebab...bila dah bayar ansuran kereta bulan2, serupa tak naik gaji.
so, pakai je la kereta yg di pakai selama ni.
yg bestnya kereta ni dah abis bayar :)

orait.
kat bawah ni Jadual Gaji Kakitangan Awam 2012.
jom la kita sama2 gunakan gaji kita dengan bijak.
kalau dapat share ngan org lain dgn bersedekah lagi elok...


Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: ” Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh “.

Surat Al-Munafiqun: Ayat 10

jadualgaji2012 Jadual Gaji Kakitangan Awam 2012


Tuesday, December 6, 2011

terjun lagi :-)


KELANTAN, 13 SEPTEMBER 2011 -  

Batalion Kesembilan RAMD Para telah melaksanakan Eksesais GEMPUR IX Siri 18/2011 mulai 21 hingga 30  Jun 2011 di Pasir Puteh, Kelantan. Latihan yang berbentuk Operasi Paracut dan Peperangan Konvensional ini turut melibatkan unit-unit afilasi iaitu 1 RAD Para, Kompeni Bantuan Para, 361 RAD Para dan  10 SSD Para. 

Objektif utama latihan ini dilaksanakan adalah untuk menguji keupayaan semua kompeni tempur dan platun pakar serta unit afiliasi dalam melaksanakan Operasi Paracut sebagai satu ketumbukan Leading Parachute Batalion Group (LPBG). Di samping itu, latihan ini turut menguji ketahanan mental, fizikal dan kerjasama serta memperkemaskanKnowledgeSkill dan Attitude (KSA) yang sering ditekankan pada sebilang masa oleh Pegawai Memerintah. 

Pada 25 Jun 2011 jam lebih kurang jam 0700, seramai 15 Pegawai dan 327  anggota Batalion Kesembilan RAMD Para telah diterjunkan secara mass drop dari 2 buah pesawat C 130H di Zon Guguran NANGKA, Pasir Puteh, Kelantan. Setelah itu kesemua Kompeni telah melaksanakan Tactical Advance to Battle (TAB) sejauh 20 kilometer menuju ke objektif yang terletak di sekitar Pangkalan Udara TUDM Gong Kedak dan seterusnya menyelamatkan objektif berkenaan daripada ditawan musuh, 

Pada 29 Jun 2011 Kompeni C yang telah diketuai Mej Shahrizal bin Chan Shah telah melaksanakan Operasi Relief In Place bersama dengan 1 Kompeni infantri dari 8 Briged Infantri di Jambatan Tok Bali. Pelaksanaan operasi tersebut merupakan yang pertama kali dilaksanakan antara 10 Briged Para dengan 8 Briged Infantri. 

Seterusnya Batalion Kesembilan RAMD Para melaksanakan penarikan keluar secara taktikal menggunakan pesawat dari Forward Operation Base (FOB) Pangkalan Udara TUDM Gong Kedak ke Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka pada 30 Jun 2011.