BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, August 13, 2011

I know what u did on my birthday last year..

MUADZAM SHAH, 9 DISEMBER 2010 - Batalion Kesembilan RAMD Para telah melaksanakan Eksesais GEMPUR IX yang bermula daripada 8 hingga 11 November 2010 di Muadzam Shah, Pahang. Latihan yang berbentuk Peperangan Konvensional ini turut melibatkan unit-unit afilasi iaitu 1 RAD Para, Kompeni Bantuan Para, 361 RAD Para dan  10 SSD Para. Objektif utama latihan ini dilaksanakan adalah untuk menguji keupayaan kompeni tempur dan platun pakar serta unit afiliasi dalam melaksanakan Operasi Ofensif. Di samping itu, latihan ini turut menguji ketahanan mental, fizikal dan kerjasama serta memperkemaskan Knowledge, Skill dan Attitude (KSA) yang sering ditekankan pada sebilang masa oleh Pegawai Memerintah.
Pada peringkat permulaan, penyampaian perintah telah disampaikan oleh Mej Khairul Anwar bin Soib selaku Penolong Pegawai Memerintah kepada semua kumpulan perintah di kawasan kem pada 5 Nov 2010. Pada 7 Nov 2010, pasukan telah melaksanakan gerak mara dengan didahului oleh Kompeni A yang diketuai oleh Kapt Zabanoor bin Hashim  dan diikuti oleh kompeni-kompeni lain. Sepanjang eksesais dijalankan, semua kompeni  telah melaksanakan gerak mara sejauh 40 km dan membersihkan semua batas pertempuran bermula 7 hingga 9 Nov 2010. Pada 10 Nov 2010 jam lebih kurang jam 0900, kumpulan perintah batalion yang terdiri daripada semua Ketua Kompeni telah membuat tinjauan terhadap kawasan serangan di Objektif TIGER yang dipertahankan oleh satu kompeni musuh. Setelah selesai tinjauan, semua Ketua Kompeni menyampaikan perintah kepada kumpulan perintah masing-masing bagi melaksanakan serangan ke atas kedudukan musuh yang telah dikenal pasti.  Pada 11 Nov 2010 jam lebih kurang 0530, lokasi Tempat Atur Bentuk Serangan telah diselamatkan oleh Kompeni C yang diketuai  oleh Mej Shahrizal bin Chan Shah.
Pada  11 Nov 2010 jam lebih kurang 0630, suasana keheningan di Muadzam Shah, Pahang dipecahkan dengan dentuman bom simulasi yang menandakan permulaan serangan oleh Batalion Kesembilan RAMD Para. Serangan telah bermula pada jam 0700 dimana tiga kompeni telah diaturgerakkan untuk membuat serangan terhadap kedudukan musuh. Kesemua anggota telah memperlihatkan aksi yang agresif dan penuh bersemangat untuk menawan Objektif TIGER.  Pada 11 Nov 2010 jam 0945, Objektif TIGER telah dapat ditawan secara totalnya setelah mendapat isyarat pengesahan daripada Pegawai Memerintah.
Di akhir eksesais, Lt Kol Abdul Karim bin Ahmad, Pegawai Memerintah Batalion Kesembilan RAMD Para telah berkesempatan menyampaikan ucapan serta merumuskan pencapaian eksesais kepada semua anggota yang terlibat dengan eksesais. Beliau telah menyatakan bahawa beliau amat berpuashati dan amat bersyukur kerana eksesais berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan kemalangan jiwa. Walaubagaimanapun beliau menyeru kepada semua anggota agar terus memantapkan kemahiran dan memperkasakan pengetahuan di dalam Taktik, Teknik dan Prosedur (TTP) Peperangan Konvensional di masa hadapan, kerana sebagai unit elit 10 Briged Para, pasukan pada sebilang masa akan sentiasa diaturgerakkan untuk menghadapi ancaman terhadap negara dalam pasca peperangan moden. Beliau turut memperingatkan agar semua pegawai dan anggota sentiasa memelihara serta mengadaptasikan sepenuhnya wadah “Disiplin diutamakan, tugas serta peranan didahulukan, pengetahuan, kemahiran dan sikap dimantapkan” apabila pulang ke pasukan kelak. Pegawai Memerintah turut berkesempatan mengambil gambar beramai-ramai bersama-sama semua pegawai dan anggota di kawasan latihan.

Pegawai Memerintah sedang meneliti situasi semasa pelaksanaan eksesais.

Kenderaan terbaru VAMTAC milik Kompeni Bantuan Para turut diaturgerakkan sepanjang latihan dilaksanakan.

Anggota 9 RAMD Para melaksanakan gerak mara tidak kira masa dan cuaca.

Anggota 9 RAMD Para sedang mengambil kedudukan di kubu musuh yang telah ditawan semasa serangan akhir.

Kenangan...kepuasan jelas terpancar di wajah Pegawai Memerintah dan semua anggota 9 RAMD Para setelah tamat eksesais.

Wednesday, April 13, 2011

I'm sorry....


His name is shah.
one day, his girlfriend gave him 10 nails along with a soap.
she told him...
"my love, everytime you feel anger, put one nail in this soap".
shah understood his girlfriend and started doing this.
he finished all nails in a week.

his girlfriend then asked him...
"my love, now everytime you manage controlling your anger,
take one nail from the soap"
shah then managed to control his anger most of the time and took all nails from the soap in 2 weeks.

his girlfriend took him at a peaceful place and told him...
"my love,
 in anger you hurt my heart
that yourself you don't realize.
but later the moment you realize it,
you say sorry.
words spoken in anger
are more like these nails in the soap,
if you even take these out of soap,
the soap will never be like it was earlier.
it's good that you realize to say sorry...
but think for a moment :
 can the hurt be undo?"

SHAH PUN JAWAB...
haa...tu la dia pompuan.
tau nak touching je.
tegur sket nak kecik hati.
sound sket nak merajuk.
susah la macam ni kalau takleh ditegur.
abis tu kalau wat salah nak biarkan aje?

p/s: terima kasih sbb tegur kita supaya kita jadi lebih baik


--<--@ My Grandmother



ni nenek kita. usianya 74 tahun.
nenek anak pertama daripada 21 adik beradik (3 ibu sorang ayah...terrer tu...hehehe)
nenek kahwin masa umur nenek 13 tahun ngan duda anak 2.
tapi nenek paling pantang kalau org cakap mak long dan mak teh tu anak tiri.
kata nenek semua anak nenek, mana ada istilah anak tiri?

masa muda2 nenek kerja cikgu sementara kat kampung.
lepas arwah atuk beli tanah, nenek jadi penoreh getah.
arwah atuk pegawai perubatan ngan british army.
tapi arwah atuk meninggal masa umur 40 tahun.
tinggallah nenek membesarkan 5 org anak sorang2.
ada org nak kat nenek tau.
tapi nenek tak nak...
nenek sayang arwah atuk sorang.

nenek selalu cakap muka danish macam muka arwah atuk masa muda2.
sebab arwah atuk keturunan cina, mata sepet.
chubby2 pun macam pipi arwah atuk.

masa kita kecik2 dulu, kalau balik kampung nenek akan sembelih ayam kampung buat sup.
pagi2 dalam pukul 10 nenek akan suruh kita ngan adik beradik tunggu apek getah kat tepi parit.
apek getah tu borong getah skrap nenek.
getah murah je masa tu.
sebaldi ada la dalam 2 ringgit.
nanti nenek bagi kitorang sorang seposen.

petang2 masa main pondok2 nenek bagi kita petik bunga2 kat halaman rumah nenek.
best woo...main masak2 ada lauk warna warni.
malam2 pulak nenek ajar kita mengaji.

masa kita masuk nasyid pagi ptg siang mlm nenek suruh kita nyanyi.
"ibu mithali ibu yang sejati
kasih sayangmu kasih kasih yg murni
pengorbananmu disanjung tinggi
jasamu tetap di sanubari"

masa kita masuk persembahan tarian zapin pun nenek suruh menari depan nenek.
tapi masa tu kita wat sekali je.
malu wei...hik hik hik....

nenek selalu pesan kat kita "jgn tinggal sembahyang"
skrg nenek selalu lenguh2, letih dan sakit2 badan.
cik tan kata nenek sakit tua sbb hospital kata nenek sihat.
weekend ni kita nak balik kampung menziarah nenek.

semoga nenek sihat dan dipanjangkan usia.
Amin....


Monday, April 11, 2011

Ku Menunggu by Rossa






ku menunggu, ku menunggu kau putus dengan kekasihmu
tak akan ku ganggu kau dengan kekasihmu
ku kan selalu di sini untuk menunggumu

cinta itu ku berharap kau kelak kan cintai aku
saat kau telah tak bersama kekasihmu
ku lakukan semua agar kau cintaiku

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
ada cemburu juga rindu
ku tetap menunggu

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
dan kau sudah ada yang punya
ku tetap menunggu

datang padaku, ku tahu kelak kau kan datang kepadaku
saat kau sedar betapa ku cintaimu
ku akan selalu setia 'tuk menunggumu




p/s: lagu ni takde kaitan dengan sesiapa yg hidup ataupun mati.
cuma suka tgk rossa nyanyi lagu ni kat konsert mentor...
sexy dan cute sangat!!!
enter frame sket la gambar rossa....





L.O.V.E. message

knock...knock...knock...
malam ni kita free.
banyak kerja kita dah settlekan
 so kita nak isi masa lapang ngan cari beberapa love messages yg kita suka.


hahaha...yg satu ni bukan love message.
ni saje wat testing 1...2...3...
kat bawah ni the real messages.



penyakit ni juga dikenali sebagai angau...




teddy bear pun tau rindu...inikan lagi manusia


ofcoz ada dalam hati!


all the time tipu arr...
tapi pernah, dan semuanya yg indah2 jer.



it's all coming back to me now - celine dion


yg ni pula dinamakan gila bayang
becoz cuma bayang2 dia je yg teman kita tiap2 hari.


aha...tipu. ayat ni dua2 betul.
saje je wat kona2.


fakta ni kita sokong...
sebab memang ada bukti saintifik. hik hik hik...



I LOVE U INFINITY!!!



10th para brigade

waa...bestnya tengok they ol terjun...
especially time parachute semua dah terbuka.
cantik sangat...macam bunga berkembang.

tapi apsal ada tukang tolak kat tepi pintu jet tu.
jatuh kang....

aha...nak searching daddy - ada tak kat situ?
hehee...tak leh detact yg mana satu.
semua berconteng je muka,
kecik2 dan posisi pulak dari belakang.

tapi takpe, kita tetap bagi semangat.
"go daddy go!"


"U JUMP...I JUMP..."

Saturday, March 26, 2011

kejohanan sukan tahunan SKSJ kali ke-11

fuh...! lega. semuanya dah settle.
padang mcm tu juga la, takde apa yg boleh diselamatkan.
lecak macam baru lepas banjir.
masa student lari macam2 gaya ada.
yg tergelincir rasa kesian..
yg lari terjengkit2 geli rasa lucu la pulak.

salah satu scene yg kelakar ialah masa relay prasekolah.
ada sorang student tu, bila dapat batton dari kawan dia, dia bukannya nak lari tapi dia wat batton tu macam mikrofon dan jerit "cepat lari...cepat lari..." kat pesaing dia di lorong sebelah. at last, kumpulan dia dapat corot...ambik!

danish masa lari 75m dapat nombor 4.
sedih sangat muka dia sebab masa latihan dan raptai danish dapat nombor 3.
tapi masa lari berganti2, kumpulan danish dapat nombor 2.
barulah senyum memanjang...
congratulation anak mama sayang.
i love u so much!

oh ya, lupa nak citer.
kita pun masuk acara gak.
sukaneka guru wanita vs kaum ibu.
mestilah cikgu yg menang sebab cikgu kan ajar pendidikan jasmani.

tapi acara tarik tali guru lelaki vs kaum bapa confirm la cikgu lelaki yg kalah.
sebab cikgu lelaki kan dah nak pupus a.k.a dah jadi macam spesis terancam.
kalau kaum bapa boleh pilih mana2 yg 'cute', tapi guru lelaki no choice.
last kopek tu je yg ada.
apalagi...jatuh tergolek la dalam lumpur. cian....
  

cantik tak padang? wat tanam padi pun ok gak ni. kekeke...

peserta acara relay dah standby nak masuk padang...


cepat danish....lari!!!


yey...dapat nombor 2

sukanya tengok danish gembira...


 
apa kes ni....second place tapi dapat gold?

tadaa...ni hadiah mama. leret bola dalam gelung.
acara paling mencabar di dunia. hik hik hik...